Pages

visit my other blog :

Monday, March 21, 2011

Saya mahu segmen ARTIS CONTOH dari blog BeautifulNara

Secara umumnya, saya pasti ramai yang pernah berkunjung ke blog BeautifulNara. Blog BeautifulNara.com –dengan tagline: Blog Hiburan Anda adalah blog hiburan sensasi, gosip terkini dan mengumpulkan koleksi gambar-gambar artis dan selebriti Malaysia, Indonesia dan Asia terutamanya.

Blog
BeautifulNara.com menghidangkan gosip-gosip dan gambar terbaru artis Malaysia secara santai, penuh sindiran dan bersahaja untuk pembaca-pembaca blog itu. Blog BeautifulNara.com kini berada di kedudukan ke 75 Top 100 Malaysia Website berdasarkan Alexa Ranking. (sah pada 20 Mac 2011).

Dengan kedudukan itu, blog ini bukan sahaja mempunyai pengikut setia yang ramai; tetapi ia juga mempunyai haters yang tidak akan segan silu melontarkan komen pedas dan sinis seperti di dalam entry Video: Luahan Hati Abang Nara.


Ruangan gosip artis ialah helaian pertama pada akhbar yang akan saya buka suatu waktu dahulu. Jadi, saya faham benar dengan trafik tinggi yang berjaya di raih oleh blog BeautifulNara.com tercetus akibat sifat ingin tahu orang-orang kita dengan dunia artis. Saya tidak mahu menyalahkan mana-mana pihak, kerana sudah menjadi kebiasaan manusia memang suka mengambil tahu hal dalam kain di kalangan artis.


Walau bagaimanpun, menyedari yang hakikat bahawa dunia artis tidaklah begitu elok untukdi jadikan contoh; justeru saya dengan ini ingin memberi cadangan kepada blog BeautifulNara.com.

Cadangan saya ialah : Saya mahu segmen ARTIS CONTOH dari blog BeautifulNara.com.

Di dalam segmen itu, boleh lah di muatkan artikel tentang sifat atau perbuatan artis yang boleh di jadikan contoh dan tauladan buat peminat-peminat mereka. Contohnya :-

(1) Sesi Usrah yang di anjurkan oleh Wardina Safiyyah

" Salaam and God Morning, untuk semua yang dah bagi nama for usrah, InsyaAallah dalam next week i'll contact you guys to arrange, cuma usrah ni kena ada kekuataan dalam hati and commitment..maknanya dalam diary, walau panas atau hujan kena attend jugak ...but wanting to attend pun Alhamdulillah bererti we want to become better" - Wardina Safiyyah


Usaha Wardina ini sepatutnya di beri pujian dan berita seperti ini lah yang patut di muatkan untuk menarik lebih ramai orang menyrtai usrah. Mungkin pada awalnya, peminat menyertai usrah kerana ingin bertemu Wardina; tapi Insya Allah lama kelamaan mereka akan menyedari kemanisan usrah dan akan ikhlas menyertai nya walaupun tanpa kehadiran Wardina.


Wardina ialah satu-satunya artis yang berani mengatakan bahawa Selebriti Malaysia tak layak bergelar ikon. Wardina meluahkan rasa kecewanya apabila cerita sensasi lebih dipentingkan sehingga menyebabkan dia tidak berpeluang untuk memberikan sesuatu yang berguna dan baik kepada masyarakat. Usaha usrah ini saya lihat sebagai salah satu inisiatif Wardina untuk mengajak lebih ramai orang ke arah kebaikan.





(2) Komitmen tinggi dan kesungguhan usaha Yusry

"Bayangkan, untuk pra-produksi sahaja ia mengambil masa setahun dengan pencarian kostum, barang-barang penggambaran (prop) dan pembinaan set termasuklah kapal.
Memang rasa macam nak ‘muntah’ dibuatnya lebih-lebih lagi ketika penggambaran filem ini berlangsung. Waktu itu rasa dah tak boleh nak terima. Penggambaran dibuat selama 52 hari bermula 9 Jun 2009 hingga 8 Ogos 2009. Memang jangka masa penggambarannya juga agak lama.
Mungkin kerana tenaga mental dan fizikal saya sudah habis dikerah, membuatkan saya rasa tak larat.
Tidak cukup dengan itu, pada pasca produksi pula, ia mengambil masa selama setahun. Memang ia sangat meletihkan dan saya harap tenaga dan kreativiti yang dikeluarkan itu dapat dinikmati oleh penggemar-penggemar filem tempatan termasuklah antarabangsa
". - Yusry Abdul Halim


Kerja keras, komitmen luar biasa, kesungguhan dan ketelitian Yusry dalam mengarahkan Hikayat Merong Maha Wangsa serta usaha tidak mengenal jemu sewaktu penggunaan CGI memang sesuatu yang wajar di beri pujian.Ini secara tidak lansung turut menyuntik semangat tidak berputus asa di dalam diri peminat setia Yusry juga.

http://4.bp.blogspot.com/-ukH1IJCgVA0/TWxBRoD_4MI/AAAAAAAAHJY/gBowhazr8dQ/s1600/017518748.jpg



(3) Taraf pendidikan artis

Allahyarham Sudirman di kagumi bukan sahaj akerana bakatnya sebagai penghibur, malah juga kerana taraf pendidikannya yang tinggi. Pada tahun 1976, beliau melanjutkan pelajaran di Fakulti Undang-undang,UM. Di sebalik kepadatan jadual dalam bidang seni, beliau masih dapat membahagi masanya dengan baik di antara menyanyi dan kelas tutorial di Universiti Malaya. Pada tahun 1980 beliau telah menerima Ijazah undang-undang (LL.B) dengan mendapat Kepujian Kelas Ketiga. Tahun 1983, Sudirman menjalani latihan guaman dan diiktiraf sebagai Peguam pada tahun 1984. Bagaimanapun, Sudirman meninggalkan bidang guaman kerana memilih bidang seni sebagai kerjayanya.

Dari situ jelas membuktikan bahawa, seorang artis yang mementingkan pendidikan akan berjaya membawa diri nya ke peringkat antarabangsa. Lagunya mengajak masyarakat menghargai alam sekitar, menyedari kepentingan pendidikan, menghormati dan yakin pada diri sendiri, disiplin dan jangan mudah lupa asal usul atau jati diri.

http://2.bp.blogspot.com/-p7tDdhVkx1A/TWML3uZcGDI/AAAAAAAAArY/u6kC4fuOyR4/s1600/sudirman2.jpg


Selain itu, Hazami juga merupakan salah seorang artis yang boleh di jadikan contoh dari segi taraf pendidikan. Beliau ialah lulusan BSc Engineering in Industrial Design Engineering dari Brunel University, West London, UK. Dia bukan sahaja kembali ke Malaysia selaku Qualified Engineer pada tahun 2001, malah Hazami turut kaya dengan pengalaman dalam bidang nyanyian dan mencipta lagu.

http://4.bp.blogspot.com/_9J4cVtO64Jo/SZ-hqpcU5FI/AAAAAAAABOs/X19K7a99LVE/s400/Hazami.jpg


Artis-artis yang berjaya di dalam pelajaran boleh di jadikan sebagai role model kepada remaja. Dalam kegairahan mengejar impian bergelar selebriti, biarlah ia turut di iringi dengan taraf pendidikan yang tinggi sebagai jaminan di masa hadapan. Semoga lebih ramai artis kita yang mementingkan taraf pendidikan yang tinggi, seiring dengan bakat mereka di dalam bidang seni.


Itu lah di antara sebahagian kupasan menarik yang patut di beri perhatian dalam segmen ARTIS CONTOH di blog BeautifulNara.com.

Semoga dengan kunjungan trafik yang tinggi di blog BeautifulNara.com akan berjaya mendidik sifat positif dalam diri peminat- peminat dunia seni hiburan.

Mana lah tahu, selepas ini lebih ramai artis akan menunjukkan sifat positif kepada peminat-peminat mereka semata-mata kerana mahu cerita tentang mereka di muatkan dalam segmen ARTIS CONTOH di blog BeautifulNara.com.

Artikel ini ditulis sebab saya mengidam iPad percuma MySuperKids. Sertai Bengkel Adsense di laman web buat duit online & mulakan gaya hidup sihat dengan vitamin semulajadi ShakleeTrialPack

2 comments:

nur said...

artikel yang baik juga ni..

JOM KE: ALL IN ONE
good luck

Puanbee2 said...

betul jugak ni !

DISCLAIMER