Pages

visit my other blog :

Monday, March 21, 2011

Saya Mahu iPad Dari Blog MySuperKids

Pada saat saya membaca pengumuman tentang iPad percuma dari blog MySuper Kids, detak jantung ini terus berdegup kencang. Minda saya terus menyimpan impian dan hati saya terus berteriak kuat menyatakan "Saya mahu iPad dari blog MySuperKids!".

Adrenalin dalam dada terasa semakin laju, perasaan teruja dan rasa tidak sabar-sabar untuk memerah otak mencari idea2 menarik terus menerjah dasar hati.




Sejak pengumuman tentang pertandingan itu dibuat, otak terus di perah untuk mengeluarkan idea-idea menarik semata-mata kerana niat untuk memiliki iPad begitu membuak-buak di dalam diri.

Tidak kira sewaktu berjaga, memasak, di tandas, di bilik mandi, malah sewaktu dalam tidur pun kotak fikiran tidak henti-henti bekerja keras dalam mencari idea bernas untuk mengalahkan beribu-ribu lagi penyertaan yang lain.

Dalam masa yang sama juga, angan-angan mat jenin dalam diri sudah mula membayangkan pelbagai kemungkinan untuk memaksimumkan penggunaan iPad yang bakal di menangi itu. Ciri2 hebat pada iPad terbayang-bayang dalam otak.

(1) iPad ibarat iPhone versi 'gergasi'; tetapi ianya nipis (ketebalannya hanya 0.5 inci). Anda boleh membawanya bersama anda di mana sahaja kerana beratnya cuma 1.5 pound.

(2) Bateri nya tahan selama 10 jam walaupun jika anda menonton filem, menggunakan internet atau mendengar muzik.

(3) iPad mempunyai 'built in Wi-Fi' , Bluetooth dan 3G.

(4) Anda boleh menggunakan internet dengan mudah kerana iPad dilengkapi dengan apps Safari.

(5) Anda boleh mendengar muzik dan juga memainkan video HD dengan iPad.

(6) Aplikasi lain yang menarik juga ialah app YouTube yang direka khusus untuk iPad.

(7) Aplikasi yang paling penting adalah iBooks yang membolehkan anda untuk membaca dari iPad seperti dari buku. Anda boleh menukar halaman dan jika anda ingin dua halaman pada skrin, apa yang harus anda lakukan adalah untuk menghidupkan peranti horizontal. Jika anda ingin satu laman paparan, anda perlu mengubahnya secara menegak.


*info dari sini*

Hebat bukan ciri-ciri yang ada pada iPad itu?. Mengagumkan!

Sebagai seoarang ulat buku, ciri ke-7 itulah yang paling saya kagumi pada iPad. Sebab itu terus berangan dan membayangkan diri ini memiliki iPad sendiri; sambil tersengih gembira macam dalam gambar di bawah.





Demi menyempurnakan impian suci murni setinggi gunung untuk memiliki iPad percuma dari blog MySuper Kids; maka saya telah mengerahkan segala tenaga kerja pada otak dan jari jemari saya untuk menghasilkan 4 artikel bagi menyertai contest ini.

(1) Saya mahu BERKONGSI LEBIH BANYAK INFO TENTANG NURSERY dari blog Yatie Chomeyl

(2) Saya mahu BANNED GAMBAR TAK SENONOH dari blog MUSLIMAH

(3) Saya mahu segmen ARTIS CONTOH dari blog BeautifulNara

(4) Saya Mahu iPad Dari Blog MySuperKids


Saya harap kesungguhan dan komitmen saya dalam cubaan untuk menghasilkan artikel bermutu bagi merebut hadiah iPad yang di tawarkan itu bakal menarik hati juri2 yang manis2 itu *ewah, cubaan membodek dikesan disini*.


Harapan berbunga-bunga di hati saya supaya usaha saya untuk mendapatkan iPad dari blog MySuperKids ini akan membuahkan hasil yang berbunga-bunga juga.


Insya Allah, kalau iPad itu berjaya menjadi milik saya; saya akan menyayangi dan mencitai iPad itu seperti mana saya menyayangi dan mencintai suami saya. Saya akan cuba membahagikan masa dengan berhemah dan memberi layanan sama rata buat suami tercinta dan juga iPad tersayang. Saya tidak akan sesekali mengabaikan kedua-dua mereka kerana merekalah pujaan hati saya buat selamanya.


+- cinta hati ku berdua -+


Artikel ini ditulis sebab saya mengidam iPad percuma MySuperKids. Sertai Bengkel Adsense di laman web buat duit online & mulakan gaya hidup sihat dengan vitamin semulajadi ShakleeTrialPack

2 comments:

nur said...

gamabr yang last ni comel je..

JOM KE: ALL IN ONE
goodluck

Bee said...

akhir sekali selamat berjaya di ucapkan

DISCLAIMER