Pages

visit my other blog :

Thursday, March 31, 2011

Show Your Teeth Contest




cara-cara:
1. buat entry bertajuk Show Your Teeth Contest.
2. masukkan banner di atas dan link kan pada entry ini. letakkan juga banner dan link back di sidebar anda.
3. masukkan gambar baby/kanak-kanak yang mengikut tema contest ini. wajiblah nampak gigi, kan..
4. dibawah gambar, sertakan
-nama anak
-d.o.b anak
-nama ibu/bapa

5. tag 3 rakan dan make sure diorang tahu --> Kak Nur, Kak Yong, Aleyn


syarat-syarat:
1. wajib follow blog ini.
2. wajib follow blog Jaja Online Shoppe
3. wajib add friend Jaja OnlineShoppe di Facebook


http://2.bp.blogspot.com/_c3es7FyunLI/TPtsWYG3C3I/AAAAAAAAJuQ/bHdoznov4tU/s1600/DSC_0033.JPG
Nama: Shafiq Nazhan
DOB: 26 May 2009
Saya gembira sampai nampak gigi saya atas dan bawah sebab saya baru lepas makan jem blueberry yang di berikan oleh mommy saya.

Tuesday, March 29, 2011

Cute Bersama Kek Birthday




Cara nak join :
1. Wajib ada gambar dengan kek birthday mama @ birthday anak ),
2. Buat entry khas sempena birthday itu,
4. Letak banner ni kat entry memasing + letak di sidebar blog anda,
5. Tinggalkan link penyertaan anda di ruangan komen entry ini,
6. Juga letakkan nama ibu dan anak serta tarikh lahir anak
8. Sesuai untuk anak 1-5 thn sahaja
9. Tag kepada rakan2 anda...

http://2.bp.blogspot.com/-2zjecKRLPIM/TZacal8HAZI/AAAAAAAAKkw/CW25uEcFssw/s1600/28th%2Bbday%2Bcelebration.jpg
Nama ibu: Yatie Chomeyl
Nama anak: Shafiq nazhan
D.O.B : 26 Mei 2009

tarikh tutup : 7 april 2011

Monday, March 28, 2011

Contest Adik-Beradikku Yang Cute


Syarat-syarat yang perlu dipatuhi :

>>> Mesti follow blog nie!!tapi kalo tak suka follow,tidak diwajibkan.Markah akan ditolak.Haha
>>>Buat satu entry dengan tajuk "Contest Adik-Beradikku Yang Cute"
>>>Letakkan sekali banner contest ni kat sidebar beserta link skali.
>>>Letakkan satu gambar ja yang sesuai dengan contest ni.
>>>Napa pilih pict ni???Tulis huraian secara ringkas dan padat~
>>>Tag kan sekurang-kurangnya 3orang member. --> Kak Nur, Kak Yong, Momma MiaLink
>>>Dh siap,tinggalkan link kat comment.

Ini lah dia gambar adik beradik ku yang cute yang ingin I pertaruhkan. Gambar ni di ambil waktu I berusia 3 tahun, lebih kurang 26 tahun yang lalu. Fuh, lama gila dah gambar ni. Sebab tu I pilih untuk pertandingkan gambar ni, sebab ianya mempunyai sentimental value yang sungguh tinggi.

http://2.bp.blogspot.com/-Xo0o95Rj5m0/TZaTJMCR_DI/AAAAAAAAKkg/TbrouK67FY4/s1600/0_980398440l.jpg
-+ dari kiri: Kak Nur (7thn) , Pein (1 thn) & I (3 thn) -+


Manakala gambar iringan kat bawah ni saje je I letak sebab nak tunjukkan rupa kami sekarang ni, iaitu 26 tahun lepas gambar di atas tu di ambil . Masih tetap cute macam dulu cuma dah bertambah tinggi dan masing2 dah ada anak sendiri...hehehhe.


http://1.bp.blogspot.com/-UFX8uvH0WHQ/TZaTJTlPvTI/AAAAAAAAKko/UEnEeHYQGdg/s1600/DSC_0059.JPG
-= dari kiri: Kak Nur (33thn); I (29thn) dan pein (27thn) -+



Tarikh tamat contest : 10 April 2011 sebelum pukul 12.00 tengah malam.

BEAUTIFULGIRLSHOP GIVE AWAY


Syarat2 penyertaan :
1) buat satu entry (tajuknya BEAUTIFULGIRLSHOP GIVE AWAY)
2) letak banner picture tengkorak yg kiut tu kat entry ko orang dan sedebar ko orang. (letak link http://beautifulgirlshop84.blogspot.com/ dekat picture tu)
3) Jadi follower beautifulgirlshop84 dan beautifulgirl84
4) tinggalkan link contest ini di ruangan comment beautifulgirlshop84 saya ok?
5) tag contest ini lebih kurang 3 orang kawan blogger anda ok? --> Kak Nur, Kak Yong, Nadiah

TARIKH TUTUP PENYERTAAN : 04/04/11

Sunday, March 27, 2011

Contest Gaya Manja Si Anak..

tajuk contest ini adalah Contest Gaya Manja Si Anak..



syarat-syarat utk join: >> penyertaan utk anak berumur 1-5 thn,
>> Terbuka kepada semua blogger (ada blog), blogger Malaysia sahaja ye,tp kalo duk luar negara blh jgk, tp kena ada alamat mesia....(untuk penghantaran hadiah)

>> Mesti kena jd follower belog Umminia.blogspot.com

>> Korang kena buat 1 entry dan masukkan banner dan link kan ke entry ini..

>> Letak banner kat side bar dan link kan ke entry nie

>> Tag sekurang-kurangnya 3 orang --> Kak Nur, Kak Yong, nadiah

>> Bila dh siap, korang tinggalkan link dan komen di bahagian komen entry nie.

http://2.bp.blogspot.com/-JeL4A6XIxZA/TY8__5w9s6I/AAAAAAAAKbI/Prrrp152OmE/s1600/DSC_0168.JPG
+- Baby SN baring manja kat atas dada daddy, minta di peluk dan di dodoi sambil jeling manja kat mommy yang tengah snap gambar dia -+


hadiah akan diberi kpd 3 pemenang bertuah

Tarikh tutup penyertaan adalah pada 1 April 2011

Look a Like Contest' by Ummiaqeef & Mom's Diary

Kali ni nak join 'Look a Like Contest' by Ummiaqeef & Mom's Diary



syarat-syaratnye adalah seperti berikut:

1) mesti ada blog dan follow blog Ummiaqeef dan Mom's Diary
2) buat entry contest yang bertajuk 'Look a Like Contest' by Ummiaqeef & Mom's Diary dan link kan this page dalam entry anda.
3) letak gambar banner dlm entry dan gambar seiras anda dan anak / pasangan dan anak beserta nama parent, nama anak dan umur anak. (max 4thn)
4) tinggalkan link entry anda di ruangan komen entry contest ini
5) tag 2 orang rakan anda --> Kak Nur, Kak Yong


Nama daddy : Solah
Nama baby: Shafiq Nazhan
Umur anak : 1 thn 10 bulan


2 pemenang sahaja akan dipilih oleh 2 orang juri iatu owner blog sponsor, puan imah (Mom's Diary) dan sorang lagi rakan kami, mrs. zach (dilantik).
contest berakhir pada 31 Mac 2011.

1st prize :
buku bedtime rhymes + set alatulis
tudung rose for mommy (black)

2nd prize :
buku bedtime rhymes + set alatulis
tudung rose for mommy (dark brown)


hadiah menarik utk mommy!
kalau daddy yg menang pun dapat kat mommy jugak ye,hehe..

*tudung rose 3 segi bought from prettyintownshoppe*

Saturday, March 26, 2011

Chanteq berHIJAB

Penyertaan saat2 akhir untuk join Lucky Draw Pengenalan : Chanteq berHIJAB.

  • Add kami di FB =)
  • Like Fan Page Chanteq Hijab
  • dalm entry anda letak gambar ni (terus ke link CH) n letak di side bar anda!
  • Letak 1 pic anda berhijab!! =)
http://3.bp.blogspot.com/-vpbGpnzj89s/TY8F8jc7xEI/AAAAAAAAKaw/WokvhvpxcjA/s1600/DSC_0382.JPG
Nama : Yatie Chomeyl
Tarikh tutup : 27/3/2011

Aksi si Cilik Berbasikal

kakyong.com dan syamilamohd.com sama2 berganding bahu untuk organize contest Aksi si Cilik Berbasikal ni.

Kaedahnya :

  • Terbuka kepada semua mom blogger yang ada anak dalam range umur 1 hingga 4 tahun (pada 31 Mar 2011)
  • Tak perlu follow blog, tapi jika nak follow silakan… Winking smile yang penting masukkan link kakyong.com dan syamilamohd.com ke dalam bloglist kome , wajib..
  • Buat n3 bertajuk Aksi si Cilik Berbasikal
  • wajib masukkan/sebut/mentioned link kakyong.com dan syamilamohd.com dalam n3
  • wajib ada semua banner penaja dengan backlink, kod dah disediakan, jengah kat bawah amik kod yer..
  • paling wajib ada ~ gambar anak beraksi dengan basikal, aksi boleh jadi macam2.. contoh macam di SINI. Gambar akan dinilai dari segi keceriaan si anak, gaya & aksi si anak, juga kespontanan.(candid yer…) Smile with tongue out dan cerita lah sikit kesah anak kome berbasikal.
  • tinggalkan link n3 di kotak komen samada di blog kakyong.com atau syamilamohd.com, salah satu yer.. Open-mouthed smile
  • jika suka boleh la tag at least 1 orang kawan blog… jika lebih pun boleh.. sama2 memeriahkan… Winking smile --> Kak Nur, Nadiah, Izza, Aleyn, Momma Mia
  • Contest ini akan berlangsung mulai 28 Feb 2011 hingga 31 Mar 2011
  • untuk mendapatkan markah bonus… dijemput untuk wish Ulangtahun Fikri yang ke-5 di n3 INI >> Selamat ulangtahun kelahiran ke-5 Muhammad Amin Fikri

http://4.bp.blogspot.com/-_Wmxlvv7kc4/Taa-5cwC1GI/AAAAAAAAKxo/Mukvc2-fjiM/s1600/DSC_0121.JPG
Nama : Shafiq Nazhan
Umur: 1 tahun 9 bulan
Kisah berbasikal: Nazhan sampai sekarang tak reti kayuh basikal lagi, so naik motosikal bateri atapun kereta yang tolak dengan kaki tu je lah. Kalau naik basikal pun, mommy atau daddy kena tolak untuk dia. Masa naik basikal ni, tengok muka cheeky dia yang seronok sebab dapat jadi big boss, duduk diam2 dalam basikal sambil mommy tolak kat belakang...kui3x..sabar jer lah.


- PENAJA2 CONTEST -


banner kakyog's shoppe



Friday, March 25, 2011

Posing With Ur Love One - Giveaway

Posing With Ur Love One - Giveaway anjuran dan gabungan tenaga dari Ibu Adam, Mama Mayraa, Ceq' Julia.


GA akan berakhir pader 31 March 2011...


Jom Layan Dulu Syarat2 GA nie..

1. Sila follow

2. Buat simple entry tepek banner yg cun kat atas tue, link back to entry ini sahaja ok! .... yg bertajuk "Posing With Ur Love One - Giveaway"

3. Tepek satu gambar korang bersama yg tersayang...

4. Masuk kan slogan
" I love (nama org yg ader dalam gambar) so so much "

5. Sila tinggalkan link entry korang kat entry ini sahaja ok....





" I love Solah Adnan so so much "

=- posing ala2 feeling2 pengantin baru ♥ -=
*refer full story pasal gambar ni kat entry ~Orang beraya dengan daging korban, kami beraya dengan Maple + Ginkgo Biloba Trees*

Monday, March 21, 2011

Saya Mahu iPad Dari Blog MySuperKids

Pada saat saya membaca pengumuman tentang iPad percuma dari blog MySuper Kids, detak jantung ini terus berdegup kencang. Minda saya terus menyimpan impian dan hati saya terus berteriak kuat menyatakan "Saya mahu iPad dari blog MySuperKids!".

Adrenalin dalam dada terasa semakin laju, perasaan teruja dan rasa tidak sabar-sabar untuk memerah otak mencari idea2 menarik terus menerjah dasar hati.




Sejak pengumuman tentang pertandingan itu dibuat, otak terus di perah untuk mengeluarkan idea-idea menarik semata-mata kerana niat untuk memiliki iPad begitu membuak-buak di dalam diri.

Tidak kira sewaktu berjaga, memasak, di tandas, di bilik mandi, malah sewaktu dalam tidur pun kotak fikiran tidak henti-henti bekerja keras dalam mencari idea bernas untuk mengalahkan beribu-ribu lagi penyertaan yang lain.

Dalam masa yang sama juga, angan-angan mat jenin dalam diri sudah mula membayangkan pelbagai kemungkinan untuk memaksimumkan penggunaan iPad yang bakal di menangi itu. Ciri2 hebat pada iPad terbayang-bayang dalam otak.

(1) iPad ibarat iPhone versi 'gergasi'; tetapi ianya nipis (ketebalannya hanya 0.5 inci). Anda boleh membawanya bersama anda di mana sahaja kerana beratnya cuma 1.5 pound.

(2) Bateri nya tahan selama 10 jam walaupun jika anda menonton filem, menggunakan internet atau mendengar muzik.

(3) iPad mempunyai 'built in Wi-Fi' , Bluetooth dan 3G.

(4) Anda boleh menggunakan internet dengan mudah kerana iPad dilengkapi dengan apps Safari.

(5) Anda boleh mendengar muzik dan juga memainkan video HD dengan iPad.

(6) Aplikasi lain yang menarik juga ialah app YouTube yang direka khusus untuk iPad.

(7) Aplikasi yang paling penting adalah iBooks yang membolehkan anda untuk membaca dari iPad seperti dari buku. Anda boleh menukar halaman dan jika anda ingin dua halaman pada skrin, apa yang harus anda lakukan adalah untuk menghidupkan peranti horizontal. Jika anda ingin satu laman paparan, anda perlu mengubahnya secara menegak.


*info dari sini*

Hebat bukan ciri-ciri yang ada pada iPad itu?. Mengagumkan!

Sebagai seoarang ulat buku, ciri ke-7 itulah yang paling saya kagumi pada iPad. Sebab itu terus berangan dan membayangkan diri ini memiliki iPad sendiri; sambil tersengih gembira macam dalam gambar di bawah.





Demi menyempurnakan impian suci murni setinggi gunung untuk memiliki iPad percuma dari blog MySuper Kids; maka saya telah mengerahkan segala tenaga kerja pada otak dan jari jemari saya untuk menghasilkan 4 artikel bagi menyertai contest ini.

(1) Saya mahu BERKONGSI LEBIH BANYAK INFO TENTANG NURSERY dari blog Yatie Chomeyl

(2) Saya mahu BANNED GAMBAR TAK SENONOH dari blog MUSLIMAH

(3) Saya mahu segmen ARTIS CONTOH dari blog BeautifulNara

(4) Saya Mahu iPad Dari Blog MySuperKids


Saya harap kesungguhan dan komitmen saya dalam cubaan untuk menghasilkan artikel bermutu bagi merebut hadiah iPad yang di tawarkan itu bakal menarik hati juri2 yang manis2 itu *ewah, cubaan membodek dikesan disini*.


Harapan berbunga-bunga di hati saya supaya usaha saya untuk mendapatkan iPad dari blog MySuperKids ini akan membuahkan hasil yang berbunga-bunga juga.


Insya Allah, kalau iPad itu berjaya menjadi milik saya; saya akan menyayangi dan mencitai iPad itu seperti mana saya menyayangi dan mencintai suami saya. Saya akan cuba membahagikan masa dengan berhemah dan memberi layanan sama rata buat suami tercinta dan juga iPad tersayang. Saya tidak akan sesekali mengabaikan kedua-dua mereka kerana merekalah pujaan hati saya buat selamanya.


+- cinta hati ku berdua -+


Artikel ini ditulis sebab saya mengidam iPad percuma MySuperKids. Sertai Bengkel Adsense di laman web buat duit online & mulakan gaya hidup sihat dengan vitamin semulajadi ShakleeTrialPack

Saya mahu segmen ARTIS CONTOH dari blog BeautifulNara

Secara umumnya, saya pasti ramai yang pernah berkunjung ke blog BeautifulNara. Blog BeautifulNara.com –dengan tagline: Blog Hiburan Anda adalah blog hiburan sensasi, gosip terkini dan mengumpulkan koleksi gambar-gambar artis dan selebriti Malaysia, Indonesia dan Asia terutamanya.

Blog
BeautifulNara.com menghidangkan gosip-gosip dan gambar terbaru artis Malaysia secara santai, penuh sindiran dan bersahaja untuk pembaca-pembaca blog itu. Blog BeautifulNara.com kini berada di kedudukan ke 75 Top 100 Malaysia Website berdasarkan Alexa Ranking. (sah pada 20 Mac 2011).

Dengan kedudukan itu, blog ini bukan sahaja mempunyai pengikut setia yang ramai; tetapi ia juga mempunyai haters yang tidak akan segan silu melontarkan komen pedas dan sinis seperti di dalam entry Video: Luahan Hati Abang Nara.


Ruangan gosip artis ialah helaian pertama pada akhbar yang akan saya buka suatu waktu dahulu. Jadi, saya faham benar dengan trafik tinggi yang berjaya di raih oleh blog BeautifulNara.com tercetus akibat sifat ingin tahu orang-orang kita dengan dunia artis. Saya tidak mahu menyalahkan mana-mana pihak, kerana sudah menjadi kebiasaan manusia memang suka mengambil tahu hal dalam kain di kalangan artis.


Walau bagaimanpun, menyedari yang hakikat bahawa dunia artis tidaklah begitu elok untukdi jadikan contoh; justeru saya dengan ini ingin memberi cadangan kepada blog BeautifulNara.com.

Cadangan saya ialah : Saya mahu segmen ARTIS CONTOH dari blog BeautifulNara.com.

Di dalam segmen itu, boleh lah di muatkan artikel tentang sifat atau perbuatan artis yang boleh di jadikan contoh dan tauladan buat peminat-peminat mereka. Contohnya :-

(1) Sesi Usrah yang di anjurkan oleh Wardina Safiyyah

" Salaam and God Morning, untuk semua yang dah bagi nama for usrah, InsyaAallah dalam next week i'll contact you guys to arrange, cuma usrah ni kena ada kekuataan dalam hati and commitment..maknanya dalam diary, walau panas atau hujan kena attend jugak ...but wanting to attend pun Alhamdulillah bererti we want to become better" - Wardina Safiyyah


Usaha Wardina ini sepatutnya di beri pujian dan berita seperti ini lah yang patut di muatkan untuk menarik lebih ramai orang menyrtai usrah. Mungkin pada awalnya, peminat menyertai usrah kerana ingin bertemu Wardina; tapi Insya Allah lama kelamaan mereka akan menyedari kemanisan usrah dan akan ikhlas menyertai nya walaupun tanpa kehadiran Wardina.


Wardina ialah satu-satunya artis yang berani mengatakan bahawa Selebriti Malaysia tak layak bergelar ikon. Wardina meluahkan rasa kecewanya apabila cerita sensasi lebih dipentingkan sehingga menyebabkan dia tidak berpeluang untuk memberikan sesuatu yang berguna dan baik kepada masyarakat. Usaha usrah ini saya lihat sebagai salah satu inisiatif Wardina untuk mengajak lebih ramai orang ke arah kebaikan.





(2) Komitmen tinggi dan kesungguhan usaha Yusry

"Bayangkan, untuk pra-produksi sahaja ia mengambil masa setahun dengan pencarian kostum, barang-barang penggambaran (prop) dan pembinaan set termasuklah kapal.
Memang rasa macam nak ‘muntah’ dibuatnya lebih-lebih lagi ketika penggambaran filem ini berlangsung. Waktu itu rasa dah tak boleh nak terima. Penggambaran dibuat selama 52 hari bermula 9 Jun 2009 hingga 8 Ogos 2009. Memang jangka masa penggambarannya juga agak lama.
Mungkin kerana tenaga mental dan fizikal saya sudah habis dikerah, membuatkan saya rasa tak larat.
Tidak cukup dengan itu, pada pasca produksi pula, ia mengambil masa selama setahun. Memang ia sangat meletihkan dan saya harap tenaga dan kreativiti yang dikeluarkan itu dapat dinikmati oleh penggemar-penggemar filem tempatan termasuklah antarabangsa
". - Yusry Abdul Halim


Kerja keras, komitmen luar biasa, kesungguhan dan ketelitian Yusry dalam mengarahkan Hikayat Merong Maha Wangsa serta usaha tidak mengenal jemu sewaktu penggunaan CGI memang sesuatu yang wajar di beri pujian.Ini secara tidak lansung turut menyuntik semangat tidak berputus asa di dalam diri peminat setia Yusry juga.

http://4.bp.blogspot.com/-ukH1IJCgVA0/TWxBRoD_4MI/AAAAAAAAHJY/gBowhazr8dQ/s1600/017518748.jpg



(3) Taraf pendidikan artis

Allahyarham Sudirman di kagumi bukan sahaj akerana bakatnya sebagai penghibur, malah juga kerana taraf pendidikannya yang tinggi. Pada tahun 1976, beliau melanjutkan pelajaran di Fakulti Undang-undang,UM. Di sebalik kepadatan jadual dalam bidang seni, beliau masih dapat membahagi masanya dengan baik di antara menyanyi dan kelas tutorial di Universiti Malaya. Pada tahun 1980 beliau telah menerima Ijazah undang-undang (LL.B) dengan mendapat Kepujian Kelas Ketiga. Tahun 1983, Sudirman menjalani latihan guaman dan diiktiraf sebagai Peguam pada tahun 1984. Bagaimanapun, Sudirman meninggalkan bidang guaman kerana memilih bidang seni sebagai kerjayanya.

Dari situ jelas membuktikan bahawa, seorang artis yang mementingkan pendidikan akan berjaya membawa diri nya ke peringkat antarabangsa. Lagunya mengajak masyarakat menghargai alam sekitar, menyedari kepentingan pendidikan, menghormati dan yakin pada diri sendiri, disiplin dan jangan mudah lupa asal usul atau jati diri.

http://2.bp.blogspot.com/-p7tDdhVkx1A/TWML3uZcGDI/AAAAAAAAArY/u6kC4fuOyR4/s1600/sudirman2.jpg


Selain itu, Hazami juga merupakan salah seorang artis yang boleh di jadikan contoh dari segi taraf pendidikan. Beliau ialah lulusan BSc Engineering in Industrial Design Engineering dari Brunel University, West London, UK. Dia bukan sahaja kembali ke Malaysia selaku Qualified Engineer pada tahun 2001, malah Hazami turut kaya dengan pengalaman dalam bidang nyanyian dan mencipta lagu.

http://4.bp.blogspot.com/_9J4cVtO64Jo/SZ-hqpcU5FI/AAAAAAAABOs/X19K7a99LVE/s400/Hazami.jpg


Artis-artis yang berjaya di dalam pelajaran boleh di jadikan sebagai role model kepada remaja. Dalam kegairahan mengejar impian bergelar selebriti, biarlah ia turut di iringi dengan taraf pendidikan yang tinggi sebagai jaminan di masa hadapan. Semoga lebih ramai artis kita yang mementingkan taraf pendidikan yang tinggi, seiring dengan bakat mereka di dalam bidang seni.


Itu lah di antara sebahagian kupasan menarik yang patut di beri perhatian dalam segmen ARTIS CONTOH di blog BeautifulNara.com.

Semoga dengan kunjungan trafik yang tinggi di blog BeautifulNara.com akan berjaya mendidik sifat positif dalam diri peminat- peminat dunia seni hiburan.

Mana lah tahu, selepas ini lebih ramai artis akan menunjukkan sifat positif kepada peminat-peminat mereka semata-mata kerana mahu cerita tentang mereka di muatkan dalam segmen ARTIS CONTOH di blog BeautifulNara.com.

Artikel ini ditulis sebab saya mengidam iPad percuma MySuperKids. Sertai Bengkel Adsense di laman web buat duit online & mulakan gaya hidup sihat dengan vitamin semulajadi ShakleeTrialPack

Contest Anakku Menangis Comel


Syarat2 nak join Contest Anakku Menangis Comel boleh rujuk kat SINI

http://4.bp.blogspot.com/-kR4eYfvMkRc/TY8-V1w31FI/AAAAAAAAKbA/S833h-z33Us/s1600/DSC_0448.JPG
Nama Bayi: Shafiq Nazhan
Nama ibu: Yatie Chomeyl
Umur anak: 1 tahun 10 bulan



Tag 3 orang kawan : kak Yong, Kak Nur, nadiah
tentu ada akan tanya soalan-soalan camni

T/Tutup : 01/04/2011

Sunday, March 20, 2011

COMELLOTE NEW BORN CONTEST by Amieylee & Iedaremy


As Salam kawan2 suma...
kita nak buat satu contest...terbuka pada suma yg ada blog... sudi2 le join ek

Syarat2 dia senang aja..

2 - letak banner kt entry korang n linkkan ke entry ni ye (sidebar sukati..tk kesahh)
3 - letak gambar masa newborn (umur 1 hari -2 bulan) dengan aksi comel (tak kisah aksi apa..lagi bagus kalau FRESHHH FROM OVEN maksudnye kt Hospital lagi

http://2.bp.blogspot.com/-O6PbTbHcw8c/TYVwZ7VjwyI/AAAAAAAAKZg/UIhpFd9_6Qc/s1600/DSC_0594-1.JPG
Nama baby : Shafiq Nazhan
Umur sewaktu gambar di ambil: 40 hari
Umur sekarang: 1 tahun 9 bulan

4 - new born tu tak kisah la anak korang ke, anak sedara ke, anak jiran ke, anak boypren ke, anak angkat ke.... janji umur dia skrg mestila di bwah 5 tahun
5 - kalau ada lebih dri 1 anak..just masukkan gmbr depa dlm satu entry n susun cantik2 ye... max 3 sahaja....
6 - TAK NAK gambar yg dh diedit (CROP boleh) manala tau ada terselit pampers kt sebelah kan..crop ajala bahagian tu
7 - Tulis nama ibu/nama korang,nama anak dan umur anak sekarang

TARIKH TUTUP : 31 MARCH 2011
sistem juri adalah juri awam ye...
(yg pasti korang tak payah raih undi :p)

1 x HADIAH UTAMA
(BAJU DARI BABYKUDESIGN+ HADIAH MISTERI UNTUK KORANG)

1 x HADIAH KEDUA
(BAJU DARI BABYKUDESIGN+ HADIAH MISTERI UNTUK KORANG)

1 x HADIAH KETIGA
(PERMAINAN KANAK2 + HADIAH MISTERI UNTUK KORANG)

2 x HADIAH SAGUHATI
(HADIAH MISTERI)


Pencarian Si Cilik Bergaya @ elissmie. com


Letakkan SATUgambar anak anda secara solo yang korang rasa paling bergaya lah !

http://2.bp.blogspot.com/_c3es7FyunLI/TSsFZE5cK0I/AAAAAAAAJ2M/xy_JSvcuQCk/s1600/DSC_0072.JPG

Tuliskan kategori : Kategori Lelaki
Nama anak : Shafiq Nazhan
Umur anak : 1 tahun 9 bulan


Pencarian Si Cilik Bergaya @ elissmie.com ditaja oleh:

Diaper Cakes by ShilaShower




Link-link yang perlu dimasukkan di bloglist :-

elissmie.com - http://elissmie.com/
Diaper Cakes by ShilaShower - http://shilashower-diapercakes.blogspot.com/
Siti Sifir's Share-Out Space - http://sitisifir10.blogspot.com/
HazmanFadzil.com - http://hazmanfadzil.com/


Hadiah contest :


Kategori Lelaki

1 X Diaper Cakes bernilai RM50 setiap satu dari Diaper Cakes by ShilaShower
1 X Baju tidur Kanak-kanak dari Paradigma Resources
RM 25 tunai dari HazmanFadzil.com
Voucher RM50 dari ButikMumdreams
Sepasang kain cotton dari Siti Sifir's Share-Out Space





Contoh baju tidur untuk dimiliki dari Paradigma Resources


* Updated : Senarai Peserta akan diupdate disini :- http://www.elissmie.com/2011/02/senarai-peserta-contest-pencarian-si.html

DISCLAIMER