"Tamparan" tu walaupun slow je, tapi kesannya amat mendalam dalam jiwa mommy & daddy.
Kisah "tamparan" dari baby SN terjadi malam tadi di dalam bilik tidur. Mommy tengah layan baca blog kat laptop mommy while daddy was busy reading news from SkySport in the internet.
Mommy letak mainan SN di atas riba dia dan mommy concentrate on bloghopping from one after another blog. SN kacau mommy yang tengah kusyuk tengok dengan berdiri depan mommy so mommy cuba mengalih perhatian SN dengan letakkan bermacam2 jenis permainan di hadapannya tetapi cubaan mommy ternyata gagal. Akhirnya mommy tolak SN ke arah daddy.
SN kacau pulak daddy yang tengah format laptop tu dengan cara menolak skrin monitor laptop sampai hampir patah ke belakang. Cubaan SN mematahkan skrin monitor laptop daddy itu membuatkan daddy meletakkan SN jauh dari daddy jadi SN datang kacau mommy pulak.
Begitulah terjadi beberapa kali di mana mommy & daddy masing2 tak mempedulikan SN dan sibuk menghadap internet di skrin laptop masing2. Akhirnya akibat tidak tahan lagi di perlakukan sedemikian rupa; SN menganugerahkan sedas "tamparan" buat mommy & daddy.
Mommy & daddy masing2 terpana dengan "tamparan" itu. Bahang pijarnya merebak ke seluruh deria rasa pada tubuh. Sakit yang terasa tidak pada pipi tetapi terus pada hati kerana tamparan itu bukan dalam bentuk pukulan fizikal

"Tamparan" itu berupa tangisan sayu


Tangisan itu menjadi petunjuk kepada mommy & daddy yang SN inginkan perhatian dari mommy & daddy.

Tangisan SN itu berhenti sebaik mommy memeluknya. berkali2 permohonon maaf terluncur dari bibir mommy buat SN. Mommy cuba mengambil hati SN dengan bermain toys dia bersama2, ternyata cubaan mommy berjaya memujuk SN. Senyum dan ketawa SN ternyata lebih bermakna dari segala2nya. Benar kata orang, anak merupakan titipan harta yang paling berharga yang harus dijaga, dirawat dan dididik agar menjadi penyejuk hati.
Mommy & daddy tak marah pun kat SN sebab "tampar" kami but instead we both feel really thankful for that. Kami sedar yang kami selalu take things for granted towards you. Mentang2 SN senang di alihkan perhatian bila di pasangkan CD nursery rhymes dan CD Baby Einstein, mommy & daddy tidak cuba untuk menyelami perasaan SN yang inginkan perhatian dari mommy & daddy sewaktu bersama kami.

Dah la kena tinggal di nursery dari 8.30 - 6ptg isnin-jumaat, bila hari cuti nak main2 degan mommy & daddy..tapi tak di layan sebaiknya pulak

"Tamparan" itu buat mommy & daddy sedar tanggungjawab kami sebagai ibubapa dan juga betapa pentingnya menjaga amanah Allah yang tak ternilai ini.

Psssssttt : internet boleh buat manusia jadi lupa diri dan tanggungjawab.
“Entri ini ditulis untuk cabaran #6 iPad MySuperKid yang direviu oleh [Nor Haryati Yahaya] dan ditaja oleh Hafiy Dot Com”
0 comments:
Post a Comment