Semenjak
dua menjak - dua tiga hari kebelakangan ini, kepala I selalu
berdenyut-denyut, rasa sakit macam kena cucuk2 dengan hujung mata pedang
samurai *ececeh, exaggerate lebih2*.
This pain become greater after midnight, in fact masa tengah syok2
tidur tu lah sakit mencucuk2 berdenyut2 sebelah kiri kepala tu
menyerang. I terpaksa kejutkan hubby dan mintak darling hubby picit2 kepala. Sapu balm dan minyak cap kapak, pedang, sabit, parang pun tak berkesan jugak, sakit berdenyut2 tu masih tak hilang huhuhu.
Sakit yang datang ini buat I terfikir-fikir, apalah agaknya penyebabnya. Antara sebab musabab yang memungkinkan sakit kepala ini ialah :-
(A) Penggunaan kapasiti otak yang sedikit lebih daripada biasa hohoho.
Bila I cerita pasal sakit kepala ni kat salah seorang kawan kat sini iaitu Kak Yati, beliau cakap yang besar kemungkinan sebab I dah banyak gunakan otak untuk kembali mengira, menggunakan dan menganalisa Fluid Dynamic equations yang dah berzaman I tinggalkan sebelum ini. Erm, logik gak explaination Kak Yati tu..eceh..padahal sekarang ni baru je 2 bulan start study, banyakkkkkkkkkkkkkk lagi equation nak kena hadap lepas ni. Itu belum lagi consider computer code untuk run software CFD di selang seli dengan wind tunnel experiment yang bakal menyusul *adeehhhh, makin berdenyut2 plak kepala memikirkan pasal ni*.
Sebab tu lah I malas nak study hard sangat, nanti otak makin sakit. Lagipun nanti kalau pandai sangat pun tak bagus gak. Korang tau tak, Einstein kan masa dia meninggal, otak dia di keluarkan untuk di kaji. Haaaa....tu lah, siapa suruh genius sangat, kan dah mayat di semadikan tanpa otak. Isk, jadi kesimpulannya : jangan study teruk2 sangat muahahahaha.
# cerita pasal otak Einstein : rujuk sini
(B) Makan mee segera
Sistem badan I ni tak berapa boleh menerima kehadiran perasa tambahan MSG yang terkandung dalam pek mee segera. Kebetulan pulak, dua tiga hari lepas hubby asyik mengidam makan megi je. I pon tumpanglah semulut dua, . aiseh...terus rasa berdenyut-denyut ni menyerang....mungkin sekali di cetuskan oleh ajinomoto yang ada dalam perasa mee segera itu.
(C) Power spek bertambah
Ramai orang tak tahu yang I sebenarnya rabun jauh. Power mata I sebelah kanan 250, dan sebelah kiri 200. Masalahnya, pada pendapat peribadi I, kalau I pakai spek I akan nampak kurang chomeyl *bajet kalau tak pakai spek, nampak chomeyl sangatlah* . Jadi, seboleh2nya I memang takkan pakai spek sebab nanti I rasa tudung I akan kembang kat tepi..*konsep BIAR RABUN ASAL STYLO di aplikasi di sini*.... hohoho. I pernah pakai lens, tp lepas insiden lens tertinggal dalam mata semalaman *terlipat sbb kering, jenuh I genyeh2 mata, takmo keluar*, I agak fobia nak pakai lens lagi.
(pakai spek masa dinner dgn Pak Lah kat Intercontinental Madrid, Jan 2008)
Selalunya I pakai spek masa dalam kuliah je. Jadi besar kemungkinan, since sekarang ini I semakin lama menghadap skrin komputer setiap hari, power kerabunan mata I pun dah bertambah...jadi mungkin sebab tu lah kepala I sakit berdenyut-denyut.
(D) Sakit dan musibah adalah penghapus dosa
Besar kemungkinan jugak rasa sakit ni sebagai peringatan dari Allah untuk I supaya lebih menghargai masa sihat I. Lagipun, dengan rasa sakit ini lah buat I merasa diri ini lemah dan tidak berdaya melainkan dengan pertolongan dari Allah untuk menyembuhkan sakit ini.
“Tidaklah
seorang muslim tertimpa suatu penyakit dan sejenisnya, melainkan Allah
akan mengugurkan bersamanya dosa-dosanya seperti pohon yang mengugurkan
daun-daunnya”.- (HR. Bukhari no. 5660 dan Muslim no. 2571).
“Tidaklah
seseorang muslim ditimpa keletihan, penyakit, kesusahan, kesedihan,
gangguan, kegundah-gulanan hingga duri yang menusuknya, melainkan Allah
akan menghapuskan sebagian dari kesalahan-kesalahannya”. - (HR. Bukhari no. 5641).-di petik dari sini-
Oleh itu I kena redha dan menerima seadanya rasa sakit yang sedikit ini, semoga Allah menghapuskan dosa-dosa I.. amin.
Psssttt: dalam pada itu, ada ke I terfikir.."ntah2 ada orang yang bomohkan I kot". Muahahhah, hubby gelak terkekek-kekek, ni bahana tengok scene santau dalam cite Tentang Dhia lah ni kui3x.
“Entri ini ditulis untuk cabaran #4 iPad MySuperKid yang direviu oleh [Nor Haryati Yahaya] dan ditaja oleh Vitamin Semulajadi”